Tabungku

Sunday, April 17, 2011

Doorgift - Costum made paper box

Red Box. Inilah N punya custome made box yang digunakan untuk letak doorgift. N dah lama snap pic ni tapi baru sekarang nak letak dalam blog.mari kita layan...

Red custom made box
N = Nadia and S=Sharizad

doorgift yang telah siap dimasukkan dalam kotak

doorgift yang sedang menunggu giliran untuk dimasukkan dalam kotak, masih ada banyak lagi kotak yang belum dilipat

Dari tadi duk nampak kotak jer kan... mana dorrgift nya?? haa doorgift ada kat dalam kotak coklat kat atas tu. sebenarnya N ada snap doorgift tapi N tak mau upload coz N nak bagi surprise. anyway, N akan bagitau doorgift apa yang N bagi lepas wedding hehe.. walaupun tak gempak mana pun doorgift, harap2 u oll sabar2 la menunggu...

 Actually, kesemua doorgift dah siap dimasukkan dalam box masing2. pic yang N letak kat atas ni pic 3 minggu yang lalu. latest pic untuk custom made box yang dah bertimpa2 cam gunung tu N akan snap n upload later on ya :D

Nak buat kotak macam kat atas ni, contact:

My print shop Seksyen 7, Shah Alam..
No. 11, Jalan Kristal L7/L, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor
In charge Helmi: 012-697 3554

Saturday, April 16, 2011

Kucing comel - Doorgift

aritu N ada beli pin2 comel untuk dijadikan doorgift tapi pin tu kecik-kecik. terpikir juga kat mana N nak letak or macam mana nak bagi. 

Actually N memang dah ada doorgift yang telah siap dimasukkan ke dalam kotak merah. pin2 yang N beli ni just doorgift tambahan untuk kawan2 N sahaja.

So, solution yang dapat N pikirkan ialah dengan membuat small cat plush, then attach the cute pin on it. okay, kat bawah ni ada la contoh plush yang N buat dari kain perca yang N jumpa kat bilik mama :D

Bahgia tergantung :D

 close-up


 first cat yang N buat

 second cat yang N buat. terlupa nak jahit tempat gantung kat dalam, terpaksa la jahit kat luar, buruk la skit

 third and last cat from kain perca, masa dah habis jahit bahagian kepala then baru perasan yang lagi skali N terlupa nak jahitkan penggantung. so untuk tidak memburukkan cat ni, N pun masukkan penggantung ni kat tali leher cat :D

 cat yang pertama dan ketiga dari belakang. nampak tak perbezaan tempat penggantung..

jumlah semua sekali ada 3 ekor kucing comel :D

Plush yang N buat ni trial jer, tak pasti samada nak buat ker tak coz fabric pun tak beli lagi. huhu

tak lupa ucapan terima kasih kepada si patrick ni kerna sudi jadik prop terhormat kepada plush2 N yang comel ni.

Tuesday, April 5, 2011

Baju Sanding

Petang semalam dapat sms dari tailor baju k.emaa

Katanya baju dah siap dan bley g fitting :D. ohh sangat seronok dan tak sabar. harini petang lepas balik kerja N suh pama amik kat ofice dan terus jer g KL. Mr tunang kene balik sorang2..

Katanya tutup kul 7 tapi kalu nak datang akak tu leh tunggu, sampai sana kul 6.30pm dan terus try. slalunye baju yang tergantung ni tak cantik selagi tak disarung. 

N cuba sedapkan hati dan bila try jer, N macam clueless.. tak tau la nak cakap macam mana tapi memang sangat cantik, cume ada minor mistake, tapi bukan dari pihak dia la coz kain yang dibeli bukan stretchable so bahagian lengan dia cam robot skit ar takleh nak lipat lengan sangat. kalu nak pun slow2 jer.

tapi overall marvelous sangat2.. N sangat berpuas hati dengan hasil tangan akak emaa.. jahitan yang kemas dan berkualiti. harga pun berpatutan.

tengah taip ni pun masih menjeling2 baju tu.. depan mata jer ni gantung :D.. Pic N tak dapat nak post, maybe after wedding, baru la surprise. even tunang minta pun N tak bagik hahaaa.. cian dia tengah tak sabar2 nak tengok.. tunang nangis air mata air teh pun N takkan bagi tgk.

anyway, oleh kerana N sangat suka ngan baju yang akak ni buat so N sangat la berbesar hati untuk promote akak ni kat semua orang. details seperti di bawah ya:

Kak Emaa
HP no: 019-343 9187

Butik Emaa
Lot 3.1 M (B), Tingkat 3,
Kompleks Pertama,
Jalan Tuanku Abd Rahman,
50100, Kuala Lumpur.

Memandangkan N tak post pic baju, so N nak bagitau skit info pasal baju yang kak emaa buat ni. Harga akak ni bagi kat N RM250. Baju 2 pieces, top and bottom. setiap pieces ni ada lining masing2. untuk rekaan baju diilhamkan oleh akak emaa berdasarkan kehendak N. 

Kalu ikut plan nak buat dress tapi memandangkan N kene tipu, kain yang dibeli di Bandung tidak mencukupi.. ohhh jahat sungguh derang ni.. tapi memandangkan akak emaa ni sangat la berpengalaman so banyak la mende yang dia suggest. Dan the result is perfect :D

Haa lagi satu, actually harga akak emaa ni sangat la berpatutan kalau nak dibandingkan ngan kedai lain yang ada kat pertama complex ni, kalu tak caya pergi la survey sendiri. 

Kalu sesaper nak buat baju pengantin bley la pegi sana, harga sebenar bley dapat bawah rm200, N punya ni up skit harga coz N ada tampal sikit kain  dari top kat bottom, tu pasal la harga lain skit tapi still berbaloi tu..

Saturday, April 2, 2011

Candy Buffet.. Nyum Nyum

Candy anyone.. :D

Yurp, N akan wat candy buffet untuk wedding N nanti.. semalam pun N dah beli candy Hershey bentuk tongkat. Actually that candy is for seasonal candy, tapi gasak jer beli. Giant plak tengah wat clearnce sale so memang murah lah regenya. satu box ada 12 pieces, RM5. N beli 20 boxes, baru RM100, Hersyey lagi. N tak tau rege asal tapi N rasa murah ar tuh kan. kalu ada masa, jap g nak pegi lagi giant nak beli tablet candy untuk penuhkan candy buffet N. Nak letak penuh dalam balang :D.. beshnye. okay, kat bawah ni sumber inspirasi N, click pic to get to the link..

Green and pink.. sweet kan

Turqoise theme

Pink and white

Blue theme

Green

Colourful

Sesaper yang nak wat candy buffet ataupun jajan buffet leh la tgk checklist kat bawah ni:

Candy/ Nyum2 buffet checklist:

1. Candy buffet table - meja ni merupakan mende penting yang perlu ada coz kalu takder meja kat mana nak letak balang candy :P.
a) Meja empat segi (Front face) - sesuai diletakkan di sebelah dinding dan semua item yang disusun menghadap ke depan ataupun bley gune sekiranya u olls ada penjaga untuk candy buffet, kirenya penjaga candy tu duk kat belakang buffet table ar.
b) Meja bulat atau lonjong (Round face) - sesuai diletakkan di tengah2, maksudnya bukan di tepi dinding supaya orang ramai bley keliling meja :D. Tapi kiranya u oll ada penjaga untuk buffet line bley la letak balang2 candy menghadap hanya 70% keliling meja dan lagi 30 % tu untuk penjaga candy. tak ganggu orang ramai dan penjaga candy pun selesa, tak payah nak ketepikan diri, jus duduk jer kat area dia.

2. Jar
a) Warna - Bley berdasarkan tema wedding u oll.
b) Transparancy level - Ada dua jenis jer, samada jernih ataupun berwarna. Tapi pada pendapat N dua2 pun menarik. Okay, kalu jernih memang bagus coz bley tonjolkan mende apa yang N display, dah tujuan N pun nak kasi meja buffet tu cantik dan menarik minat ramai orang, dari jauh pun dah nampak. Tapi kalu guna bekas yang berwarna pun okay jugak, tapi yang N rasa paling sesuai ialah warna pastel coz warnanya lembut. kalu guna banyak gabungan warna pastel memang leh wat candy buffet nampak menarik dan dalam masa yang sama wat semua orang tertanya2.. N mungkin akan guna yang jernih :D
c) Bentuk - bley guna bekas kaca yang bentuk bulat, lonjong ke atas ataupun empat segi. Bekas kaca ni pun ada dua jenis, yang ada penutup dan jenis terbuka. bley kata kesemua jenis jar bley letak candy kecuali stick candy yang panjang tak leh la letak dalam balang yang rendah.
d) Saiz - untuk saiz bergantung pada jenis candy ataupun item yang nak dipamerkan.

3. Candy or Nyum2 item
a) Candy - Jenis candy tongkat, tablet wrap candy, stick candy, jelly

b) Chocolate - N tak prefer chocolate coz it can melt easily, lagi plak ngan suasana wedding n our country temperature :S.. lagipun N bukan wat kat dalam air conditioner hall. kalu N letak pun maybe yang jenis fully seal chocolate.
c) Marshmellow - ada dua which is in bulk or in individual package. tak tau lagi nak letak or tak since marshmellow quit expensive.. tengok last minute budget dulu :P
d) Stick - love letter ataupun biskut gulung2 tuh
e) Wafer - tak tau lagi nak letak or tak, kalu letak pun maybe yang jenis individual packaging coz takut masuk angin plak
f) Biscuit - N prefer round shape biscuit dan ni pun akan consider jugak memandangkan ianya leh masuk angin ngan cepat.
g) Nuts - Kacang2 ataupun kerepek
h) Cupcakes
cupcake

i) Small cracker - jajan2 yang kecik2, kat pasar malam pun ada
j) French Meringue Cookies or Mcaroon - owhh i love this so much.. actually N tak pernah makan this macaroon, tapi kalu biskut meringue penah la.. sedap. nyummy.. menarikkan. dah bincang ngan mr tunang, ingat kalu ada masa before wedding, nak la wat tapi this macaroon, tapi N prefer wat yang jenis takder inti cam second pic kat bawah:

Macaroon

Meringue cookies

4. Jar tag - Untuk menarikkan Candy buffet bley lar wat tag untuk setiap jar, so that orang bley tau jenis2 item yang u oll pamerkan

5. Decoration - Macam2 jenis deco leh letak. N nye candy buffet N akan mintak tolong mama watkan bouquet flower skit then tambah ngan doily paper craft dan juga flag banner.

Flag banner

6. Candy plastic for guest - masih dalam pertimbangan. kalu jadik mungkin N akan guna yang transparent so that guest bley tgk apa yang derang dah amik :)

Candy plastic

click pic to get to the link

Tuesday, March 29, 2011

THUMB TREE

Untuk wedding guestbook N berkenan sangat style Card Tree Puan Ann, oleh kerana N berpeluang menghadirkan diri ke majlis Ann yang meriah tu, N tak lepaskan peluang untuk turut serta menulis ucapan dan gantungkan pada ranting pokok yang disediakan. Dan seingat N, masa nak gantung wish card tu ada plak sorang photograher tengah snap pic, N pun lebih kurang macam cover comel jugak la time tu, eceh.. :D


N ada tangkap gambar card tree masa wedding Ann tu, tapi pixs tu ada dalam lappy yang telah dihantar ke hospital.. huhu


so kat bawah ni N letak la contoh pics untuk Card Tree, click pic for source:




Nak buat Card Tree ni senang jer, bahan2 nya:
1. Ranting pokok
2. Card Tag
3. Pasu
4. Decoration from pearl, crystal ataupun neck accesories untuk digantung kat ranting


Cantikkan wedding tree kat atas. walaupun N suka ngan style macam ni tapi bila pikir2, nanti ranting2 ni akan dibuang dan yang pastinya card2 ni akan disimpan di dalam kotak. tapi kakak N ada cakap, card2 ni bley digamkan kat dalam buku, kiranye bley wat scrapbook la.. haa bunyi memang menarik. tapi N dah ada idea lain untuk wat guestbook ni.. N akan citer kat enrty akan datang yaa :D

Sunday, March 20, 2011

Doily Paper Craft

Seperti yang semua maklum decoration sangatlah penting untuk menaikkan suasana majlis yang tampak menarik. So, N adalah google do it yourself decoration yang menggunakan doily paper. Silalah menjamu mata yer..

Doily Hoop - link
Yang ini N rasa memang N nak buat, nanti N nak suh papa wat satu rangka lingkaran dan pastu leh la tepek2 doily paper, cumenya versi yang N nak wat nanti tanpa mentol. 


Doily Lantern - link
Yang ni dah pastinya N akan wat, tadi nampak papa wat bola2 daripada rotan. katanya mama nak wat deco untuk meja. so N mintak tolong papa watkan satu rangka bola yang besar. pastu N akan balut ngan kertas mahjung, kiranya ala2 cam tanglung la. pastu last sekali baru tepek2 doily paper.


Doily Con Wreath - link
Yang ini pun nampak menarik. N akan cuba wat malam jap g coz tadi N terjumpa doily paper dalam ofice papa :D.


Snowflake - link
yang ini bukan dari doily paper, tapi saja nak letak untuk kumpul idea. Mungkin N akan cuba guna doily paper untuk wat bentuk ni nanti.


Doily Pom Pom - link
Doily pompom ni sangat cantik tapi dah godek2 google N masih tak jumpa instruction nak wat mende nih..


Doily Rose - link
Yang ni paling cute skali. Mungkin N akan letak kat Candy Buffet. itupun kalu N dapat wat sebijik macam kat bawah ni :P


Doily Card / Wish- link
Untuk meja tetamu N akan guna doily paper. Selain dijadikan card ianya juga bley dijadikan perhiasan meja.. cantikkan..


Doily for Candy / Threat Buffet - link
Untuk Candy Buffet nanti N tak pasti la nak buat kon ker tak untuk amik candy. masih tak dapat nak berfikir.  kalu buat pun mungkin N akan wat kecik2 supaya orang takleh amik banyak2 :P


ada skit info, kalu sesape nak beli doily paper leh la masuk blog ni, ada direction n address kedai yang jual doily paper.. kat Klang tapi kalu rasa jauh leh la minta jasa cik nad iaitu owner blog ni belikan..

Friday, March 18, 2011

Hantaran Checklist

Untuk hantaran N dan MR tunang buat 5 balas 7. Kat bawah ni checklist hantaran kami:


To Groom
- Sirih Junjung
- Baju Melayu
- Perfume
- Jam
- Tali Pinggang dan Wallet
- Sejadah dan Kain Pelikat
- Potpuri


To Bride
- Sirih Junjung
- Baju Kebaya
- Perfume
- Jam
- Handbag