Tabungku

Sunday, May 22, 2011

Kad Kahwin

Aii.. Hari ni dah hari yang ke-lapan N bergelar seorang isteri.. macam tak caya jer kan. cepat betul masa berlalu.

Anyway, ari tu sebelum wedd N ada snap pic wedding card. Baru sekarang N sempat edit and post. Untuk wedding card ni N dan husband guna design yang sama. Bezanya cuma pada warna saja..

Wedding card N warna pink seperti yang telah dipersetujui oleh kakak N.






Dan husband plak warna biru..




Actually, masa pemilihan warna wedding card ni kakak pun ada skali, kami setuju ngan kaler pink.. Tapi untuk warna wedding card husband, N yang buat keputusan sendiri tanpa rujuk sesaper. Then, last2 bila dah siap N dan kakak lagi suke yang kaler biru kat atas ni.. ishh jeles rasa warna wedding card husband lagi santik.. huhu


Wednesday, May 18, 2011

Kitty Doorgift

Meowwwww... N sudah kembali. baru ada masa nak update blog.

Ingat lagi tak pasal doorgift yang N post aritu.. doorgift tu jus testing jer. so 2 weeks before wedd (14 May 11) N memang decide nak wat Kitty untuk doorgift.

yurp, 2 weeks before wedd. pagi petang sampai ke malam ngadap menda alah ni. mula2 tu N jahit tangan, exactly like this. but then, N makin sesak dan N tau yang N cant make it on time. then, 4 days before wedd, N got an idea. N cuba jahit mesin, banyak percubaan N lakukan.. and the result... tadaaaa....


haa.. cute tak kitty N ni.. N memang berpuas hati. mama pun bila tengok N buat Kitty, dia pun turut menyumbangkan idea dan juga riben2 untuk dijadikan penyangkut kat kepala kucing dan juga riben untuk diikat di leher kucing. memang bernas idea mama, kalu tak musti kitty ni nampak dull jer sebab idea asal N nak guna kain yang sama sebagai penyangkut dan juga riben leher.

Satu hari sebelum wedd N dapat siapkan sebanyak 130 Kitty dan N bergegas ke Laman Budaya untuk susun doorgift N dalam paper bag. tak sempat nak tangkap gambar, tapi apa yang terkandung dalam paper bag tu ialah red box gift dan juga Kitty.

Lepas balik dari laman budaya, N buat lagi 10 Kitty dan dicampur lagi dengan 17 Kitty yang tertinggal dalam bilik.. so, kiraan kasar untuk bilangan Kitty yang N buat ialah sebanyak 150 Kitty.. walaupun tak dapat 200 Kitty seperti yang N plan awal2, N tetap berpuas hati :D

Dalam entry yang lepas N ada bagitau tujuan N buat Kitty kan.. Kitty ni N buat untuk pinkan pin2 comel yang N dah beli awal2 untuk dijadikan doorgift. tapi bila Kitty dah siap N rasa macam tak padan lak nak pinkan pin2 comel ni kat Kitty coz Kitty2 ni pun dah sedia somel.. last2 N tak kasi pun pin2 comel tu. :P

Selain daripada dijadikan doorgift Kitty ni juga digantungkan atas ranting kat bahagian Candy Buffet :D.

Rasanya banyak benda yang N tak dapat nak tunjuk masa hari Wedding N coz pengantin memang busy gile time tu.. pelik pula kalu tetiba pengantin yang pegang kamera kan.. N akan cuba kutip semua gambar dari kawan2 yang datang dan juga photographer.. hope ada la terselit pic2 kat candy buffet, thumb tree potret, dan juga red carpet banner :D

Lagi gambar2 kitty..




N sangat gembira dengan hasil yang N buat kerana tak sangka dapat buat dalam masa yang sangat singkat sekali.. so, kepada Bride to Be,  kalu nak buat doorgift ni bley la buat dari sekarang yer coz pembuatannya memerlukan masa yang banyak..

tapi kalu nak tempah Kitty ni dari N bley la bagitau yer.. hehe.. 'promote' diri sendri plak (cehh saja nak perasan walaupun takder saper pun nak tempah)

Monday, May 2, 2011

Crown

2 minggu lepas N pergi Ipoh untuk sewa barang kawen untuk N dan tunang. Tunang cari sampin untuk  nikah dan juga majlis rumah lelaki. Dah alang2 ada kat kedai tu, sempat lagi mr tunang try lagi sekali baju sanding. Masa first time datang kiteorang pilih warna putih tapi ubah planning coz kain baju sanding yang N beli warna cream cair. so second time ni tunang try yang kaler cream plak. 

Then cari2 barang perhiasan diri untuk N. rantai dan juga crown.. sempat lagi tangkap gambar. moh layan, yang mana satu sesuai..

 crown 1 - try jer

 crown 2 - pun try jer.. cantik dan blink2

 crown cekak 1 - N sewa yang ini

 crown cekak 2 - oleh kerana crown cekak 1 dan 2 cantik so N sewa dua2, hari sanding nanti pilih jer mana satu yang paling sesuai :D.. tamakkan nge hehe.. but i like this the most, sesuai ngan tema Wedding Garden N.

crown cekak yang N sewa ni akan dipakai masa nikah kat atas tudung dan juga sanding kat atas rambut..

tak lupa juga rantai untuk dipakai masa majlis rumah lelaki, tolong abaikan rantai owl yang interframe tu kay :). yang untuk sanding majlis N lupa nak snap yang merangkumi set rantai bersama ngan subang skru.. oleh kerana N tak penah tebuk lubang kat telinga so N memang perlukan subang yang jenis srku ni.. memula tak terpikir pasal subang tapi bila tengok nampak cantik plak.. tak rugi pun kalu pakai, nampak bling2 skit, lagipun memang ada dalam set pun :D

barang lain yang N sewa ialah perhiasan kepala untuk majlis umah tunang.. pun takder pics ... tunggu jer la pas wedding kay, N akan upload pics dalam blog nanti.