Tabungku

Wednesday, May 18, 2011

Kitty Doorgift

Meowwwww... N sudah kembali. baru ada masa nak update blog.

Ingat lagi tak pasal doorgift yang N post aritu.. doorgift tu jus testing jer. so 2 weeks before wedd (14 May 11) N memang decide nak wat Kitty untuk doorgift.

yurp, 2 weeks before wedd. pagi petang sampai ke malam ngadap menda alah ni. mula2 tu N jahit tangan, exactly like this. but then, N makin sesak dan N tau yang N cant make it on time. then, 4 days before wedd, N got an idea. N cuba jahit mesin, banyak percubaan N lakukan.. and the result... tadaaaa....


haa.. cute tak kitty N ni.. N memang berpuas hati. mama pun bila tengok N buat Kitty, dia pun turut menyumbangkan idea dan juga riben2 untuk dijadikan penyangkut kat kepala kucing dan juga riben untuk diikat di leher kucing. memang bernas idea mama, kalu tak musti kitty ni nampak dull jer sebab idea asal N nak guna kain yang sama sebagai penyangkut dan juga riben leher.

Satu hari sebelum wedd N dapat siapkan sebanyak 130 Kitty dan N bergegas ke Laman Budaya untuk susun doorgift N dalam paper bag. tak sempat nak tangkap gambar, tapi apa yang terkandung dalam paper bag tu ialah red box gift dan juga Kitty.

Lepas balik dari laman budaya, N buat lagi 10 Kitty dan dicampur lagi dengan 17 Kitty yang tertinggal dalam bilik.. so, kiraan kasar untuk bilangan Kitty yang N buat ialah sebanyak 150 Kitty.. walaupun tak dapat 200 Kitty seperti yang N plan awal2, N tetap berpuas hati :D

Dalam entry yang lepas N ada bagitau tujuan N buat Kitty kan.. Kitty ni N buat untuk pinkan pin2 comel yang N dah beli awal2 untuk dijadikan doorgift. tapi bila Kitty dah siap N rasa macam tak padan lak nak pinkan pin2 comel ni kat Kitty coz Kitty2 ni pun dah sedia somel.. last2 N tak kasi pun pin2 comel tu. :P

Selain daripada dijadikan doorgift Kitty ni juga digantungkan atas ranting kat bahagian Candy Buffet :D.

Rasanya banyak benda yang N tak dapat nak tunjuk masa hari Wedding N coz pengantin memang busy gile time tu.. pelik pula kalu tetiba pengantin yang pegang kamera kan.. N akan cuba kutip semua gambar dari kawan2 yang datang dan juga photographer.. hope ada la terselit pic2 kat candy buffet, thumb tree potret, dan juga red carpet banner :D

Lagi gambar2 kitty..




N sangat gembira dengan hasil yang N buat kerana tak sangka dapat buat dalam masa yang sangat singkat sekali.. so, kepada Bride to Be,  kalu nak buat doorgift ni bley la buat dari sekarang yer coz pembuatannya memerlukan masa yang banyak..

tapi kalu nak tempah Kitty ni dari N bley la bagitau yer.. hehe.. 'promote' diri sendri plak (cehh saja nak perasan walaupun takder saper pun nak tempah)

1 comment:

aizu's life said...

salam..
sweet.. kretip N ek.. idea yg best :)