Tabungku

Sunday, March 20, 2011

Doily Paper Craft

Seperti yang semua maklum decoration sangatlah penting untuk menaikkan suasana majlis yang tampak menarik. So, N adalah google do it yourself decoration yang menggunakan doily paper. Silalah menjamu mata yer..

Doily Hoop - link
Yang ini N rasa memang N nak buat, nanti N nak suh papa wat satu rangka lingkaran dan pastu leh la tepek2 doily paper, cumenya versi yang N nak wat nanti tanpa mentol. 


Doily Lantern - link
Yang ni dah pastinya N akan wat, tadi nampak papa wat bola2 daripada rotan. katanya mama nak wat deco untuk meja. so N mintak tolong papa watkan satu rangka bola yang besar. pastu N akan balut ngan kertas mahjung, kiranya ala2 cam tanglung la. pastu last sekali baru tepek2 doily paper.


Doily Con Wreath - link
Yang ini pun nampak menarik. N akan cuba wat malam jap g coz tadi N terjumpa doily paper dalam ofice papa :D.


Snowflake - link
yang ini bukan dari doily paper, tapi saja nak letak untuk kumpul idea. Mungkin N akan cuba guna doily paper untuk wat bentuk ni nanti.


Doily Pom Pom - link
Doily pompom ni sangat cantik tapi dah godek2 google N masih tak jumpa instruction nak wat mende nih..


Doily Rose - link
Yang ni paling cute skali. Mungkin N akan letak kat Candy Buffet. itupun kalu N dapat wat sebijik macam kat bawah ni :P


Doily Card / Wish- link
Untuk meja tetamu N akan guna doily paper. Selain dijadikan card ianya juga bley dijadikan perhiasan meja.. cantikkan..


Doily for Candy / Threat Buffet - link
Untuk Candy Buffet nanti N tak pasti la nak buat kon ker tak untuk amik candy. masih tak dapat nak berfikir.  kalu buat pun mungkin N akan wat kecik2 supaya orang takleh amik banyak2 :P


ada skit info, kalu sesape nak beli doily paper leh la masuk blog ni, ada direction n address kedai yang jual doily paper.. kat Klang tapi kalu rasa jauh leh la minta jasa cik nad iaitu owner blog ni belikan..

No comments: