Tabungku

Tuesday, March 29, 2011

THUMB TREE

Untuk wedding guestbook N berkenan sangat style Card Tree Puan Ann, oleh kerana N berpeluang menghadirkan diri ke majlis Ann yang meriah tu, N tak lepaskan peluang untuk turut serta menulis ucapan dan gantungkan pada ranting pokok yang disediakan. Dan seingat N, masa nak gantung wish card tu ada plak sorang photograher tengah snap pic, N pun lebih kurang macam cover comel jugak la time tu, eceh.. :D


N ada tangkap gambar card tree masa wedding Ann tu, tapi pixs tu ada dalam lappy yang telah dihantar ke hospital.. huhu


so kat bawah ni N letak la contoh pics untuk Card Tree, click pic for source:




Nak buat Card Tree ni senang jer, bahan2 nya:
1. Ranting pokok
2. Card Tag
3. Pasu
4. Decoration from pearl, crystal ataupun neck accesories untuk digantung kat ranting


Cantikkan wedding tree kat atas. walaupun N suka ngan style macam ni tapi bila pikir2, nanti ranting2 ni akan dibuang dan yang pastinya card2 ni akan disimpan di dalam kotak. tapi kakak N ada cakap, card2 ni bley digamkan kat dalam buku, kiranye bley wat scrapbook la.. haa bunyi memang menarik. tapi N dah ada idea lain untuk wat guestbook ni.. N akan citer kat enrty akan datang yaa :D

Sunday, March 20, 2011

Doily Paper Craft

Seperti yang semua maklum decoration sangatlah penting untuk menaikkan suasana majlis yang tampak menarik. So, N adalah google do it yourself decoration yang menggunakan doily paper. Silalah menjamu mata yer..

Doily Hoop - link
Yang ini N rasa memang N nak buat, nanti N nak suh papa wat satu rangka lingkaran dan pastu leh la tepek2 doily paper, cumenya versi yang N nak wat nanti tanpa mentol. 


Doily Lantern - link
Yang ni dah pastinya N akan wat, tadi nampak papa wat bola2 daripada rotan. katanya mama nak wat deco untuk meja. so N mintak tolong papa watkan satu rangka bola yang besar. pastu N akan balut ngan kertas mahjung, kiranya ala2 cam tanglung la. pastu last sekali baru tepek2 doily paper.


Doily Con Wreath - link
Yang ini pun nampak menarik. N akan cuba wat malam jap g coz tadi N terjumpa doily paper dalam ofice papa :D.


Snowflake - link
yang ini bukan dari doily paper, tapi saja nak letak untuk kumpul idea. Mungkin N akan cuba guna doily paper untuk wat bentuk ni nanti.


Doily Pom Pom - link
Doily pompom ni sangat cantik tapi dah godek2 google N masih tak jumpa instruction nak wat mende nih..


Doily Rose - link
Yang ni paling cute skali. Mungkin N akan letak kat Candy Buffet. itupun kalu N dapat wat sebijik macam kat bawah ni :P


Doily Card / Wish- link
Untuk meja tetamu N akan guna doily paper. Selain dijadikan card ianya juga bley dijadikan perhiasan meja.. cantikkan..


Doily for Candy / Threat Buffet - link
Untuk Candy Buffet nanti N tak pasti la nak buat kon ker tak untuk amik candy. masih tak dapat nak berfikir.  kalu buat pun mungkin N akan wat kecik2 supaya orang takleh amik banyak2 :P


ada skit info, kalu sesape nak beli doily paper leh la masuk blog ni, ada direction n address kedai yang jual doily paper.. kat Klang tapi kalu rasa jauh leh la minta jasa cik nad iaitu owner blog ni belikan..

Friday, March 18, 2011

Hantaran Checklist

Untuk hantaran N dan MR tunang buat 5 balas 7. Kat bawah ni checklist hantaran kami:


To Groom
- Sirih Junjung
- Baju Melayu
- Perfume
- Jam
- Tali Pinggang dan Wallet
- Sejadah dan Kain Pelikat
- Potpuri


To Bride
- Sirih Junjung
- Baju Kebaya
- Perfume
- Jam
- Handbag

Saturday, March 12, 2011

Wedding Checklist

Untuk first entry ni N nak senaraikan perkara2 yang perlu diambil kira untuk persiapan perkahwinan..


: Kursus Pra-perkahwinan
: Borang Nikah
: HIV Test
: Tarikh Pernikahan
: Tempat Pernikahan
: Tempat Persandingan
: Hantaran
: Pakaian Pengantin

: Tema Perkahwinan
: Pakaian Pengantin
: Aksesori Pengantin
: Katering
: Pelamin
: Jurugambar
: Band Group / MC
: Buku Tetamu
: Hadiah
: Perhiasan
: Flower Girls / Boys
: Bilik Pengantin
: Kek Pengantin
: Berinai
: Mack-up
: Kad Kahwin
: Candy Buffet

N akan sentiasa mengemaskinikan Checklist ni sekiranya ada penambahan :D